Belum masa saya masuk BAM - Lee Chong Wei

Belum masa saya masuk BAM – Lee Chong Wei

LEE CHONG WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun situasi perseorangan agak ‘mendesak’ ketika ini, namun Datuk Lee Chong Wei belum bersedia menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan yang ditinggalkan Wong Choong Hann.

Kelmarin, BAM mengesahkan, Choong Hann meninggalkan badan induk badminton itu selepas lima tahun menyertai mereka.

Pengumuman tersebut hadir sebulan selepas BAM kehilangan individu penting, ­Michelle Chai yang meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Perkembangan itu hanya memburukkan keadaan pada ketika persiapan Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris sudahpun dikejutkan dengan keputusan jaguh perseorangan, Lee Zii Jia yang mahu berehat daripada menyertai kejohanan kerana kecewa sering tersingkir di ­peringkat awal.

WONG CHOONG HANN

“Saya belum bersedia untuk sertai BAM. Saya hormati cadangan dia (Tan Boon Heong) untuk gantikan Wong Choong Hann tetapi sekarang bukan masanya.

“Saya ada banyak kerja perlu dilakukan kerana terlibat dalam jawatankuasa RTG (Road to Gold) bantu atlet ke Sukan ­Olimpik, jadi buat masa sekarang saya fokus kepada RTG.

“Memang keputusan Choong Hann mengejutkan dan buat masa sekarang saya tidak nampak siapa dalam negara ini boleh menggantikan posisi yang ­ditinggalkannya,” kata Chong Wei kepada Mingguan Malaysia.

Kelmarin bekas beregu lelaki negara, Boon Heong mencadang­kan Chong Wei sebagai individu paling tepat untuk menggantikan Choong Hann kerana pengalaman luas pemenang tiga pingat perak ­Sukan Olimpik itu.

Boon Heong yang pernah meraih pingat emas Sukan Asia bersama Koo Kien Keat berharap BAM dapat mempertimbangkan Chong Wei bagi memperkasakan sektor perseorangan negara yang ketika ini agak perlahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya