Bekas pemain Manchester United kini bekerja di tapak pembinaan - Utusan Malaysia

Bekas pemain Manchester United kini bekerja di tapak pembinaan

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Lee Roche kini bekerja di tapak pembinaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Lee Roche antara pemain muda yang membarisi skuad berwajah baharu  Manchester United ketika menentang  Deportivo La Coruna dalam perlawanan Liga Juara-Juara 2003.

Begitupun, itu adalah aksi Eropah pertama dan terakhir Roche, malah masanya di Old Trafford juga tidak lama apabila dia berpindah ke Burnley sebelum mengumumkan persaraan hanya pada usia 27 tahun.

Kini pada usia 42 tahun, Roche yang beraksi di posisi pertahanan tengah bekerja di tapak pembinaan.

Roche datang melalui akademi United, menikmati tempoh pinjaman di Wrexham pada awal 2000-an sebelum membuat lima penampilan di bawah Sir Alex Ferguson termasuk menjadi pemain utama ketika menentang Arsenal dalam Piala Liga.

Roche berpindah ke Burnley pada 2003, menyertai Wrexham dua tahun kemudian dan kemudian menandatangani kontrak untuk Droylsden iaitu kelab bukan liga pada 2007, di mana dia menghabiskan baki empat tahun kariernya.

Kini, Roche berumur 42 tahun dan dia mengakui tidak menyangka kariernya akan berakhir seperti sedemikian, lebih-lebih lagi dia merupakan pemain akademi yang datang melalui sistem di Red Devils.

ROCHE pernah membuat penampilan sensasi di pentas Eropah bersama United.

“Sudah tentu tidak terfikir (bersara sedemikian). Terutama apabila anda menandatangani kelab sebesar United. Anda fikir anda akan bermain bola sepak sehingga anda berumur 35 tahun.

“Bagaimana keadaannya saya terpaksa bekerja, Saya telah bekerja di sini (tapak pembinaan) selama hampir tiga tahun dan ia adalah sedikit perubahan daripada bermain bola sepak tetapi anda hanya perlu meneruskannya,” kata Roche.

Salah satu penampilan lain Roche dalam baju merah terkenal adalah ketika menentang Newcastle, yang bermakna pemain pertahanan itu terpaksa menentang penjaring terulung sepanjang zaman Liga Perdana, Alan Shearer. Tokoh legenda itu berjaya mengatasinya dan Ferguson pantas memberikan nasihat.

“Saya okey, tetapi saya masih ingat Sir Alex bercakap dengan saya selepas itu kerana Shearer telah menewaskan saya untuk memenangi tandukan, jadi dia memberitahu saya untuk bangun dahulu dan jangan biarkan penyerang melakukannya untuk saya.

“Saya masih ingat berada di lapangan terbang selepas itu dan seseorang meminta saya tandatangan dengan menyangka saya Nicky Butt, jadi saya menandatanganinya,” katanya.

 

PFA menyokong Roche selepas dia meninggalkan bidang bola sepak dan kini dia menjadi seorang tukang paip yang berkelayakan dengan perniagaan penebat dinding rongganya sendiri.

Bekas pemain bola sepak itu juga berminat untuk membimbing mana-mana pemain yang mempunyai niat keluar dari dunia bola sepak atau karier berakhir tanpa dirancang.

“Saya mempunyai beberapa rakan sekerja di tapak bangunan bertanyakan saya tentang United dan bagaimana saya berada di sini. Ia boleh menjadi agak meletihkan jadi saya tidak akan menjerit bahawa saya bermain untuk United.

“Saya rasa pemain muda hari ini harus dilatih sebagai sesuatu, supaya mereka tahu tentang dunia sebenar. Kebanyakan daripada mereka mungkin tidak mempunyai rancangan untuk kembali jika mereka tidak menjadikannya sebagai seorang profesional,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya