Azizulhasni ketuai skuad basikal ke Sukan Asia

Azizulhasni ketuai skuad basikal ke Sukan Asia

AZIZULHASNI Awang akan beraksi di pentas Olimpik terakhir di Sukan Olimpik Paris 2024.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengesahkan seramai 10 atlet basikal negara akan beraksi di Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September depan.

Timbalan Presiden PKBM, Mazlan Md Jail berkata, 10 atlet terbabit layak ke Hangzhou menggunakan kategori A dan B1 selepas melepasi syarat ketat ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kita asalnya mencadangkan 16 nama tetapi keputusan awal hanya melayakkan sembilan pelumba dalam kategori A dan seorang kategori B1,” kata Mazlan ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat di Wisma MOM.

Menurut Mazlan, sembilan atlet yang layak di bawah kategori A adalah atlet berbasikal trek manakala seorang lagi yang layak menerusi kategori B1 adalah atlet lebuhraya.

“Lima pelumba lelaki Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhamad Fadhil Zonis, Muhamad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah serta empat pelumba trek wanita, Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Nur Aliana Syafika Azizan dan Yong An Yi, berjaya mendapat kategori A.

“Manakala untuk lebuhraya, hanya pelumba wanita, Phi Kun Pan tersenarai dalam kategori B1, selepas menduduki tempat keenam perlumbaan di kejohanan Berbasikal Lebuhraya Asia (ACC) 2023 di Rayong, Thailand baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, Koordinator Kejohanan PKBM, Kamarul Aizat berkata, pihaknya tidak akan membuat rayuan untuk tambahan atlet ke Sukan Asia Hangzhou.

Untuk rekod, pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta, skuad berbasikal negara membawa pulang 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Pingat emas dimenangi Azizulhasni menerusi acara pecut, perak pula disumbangkan trio pecut berpasukan lelaki (Azizulhasni, Shah Firdaus dan Fadhil) dan gangsa keirin (Azizulhasni).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya