Azizul, Shah Firdaus tidak sertai pecut berpasukan Sukan Asia

Azizul, Shah Firdaus tidak sertai pecut berpasukan Sukan Asia

AZIZULHASNI Awang bersaing dengan pelumba Taiwan, Shih Feng Kang dalam saingan pecut elit lelaki pada Kejohanan Berpasukan Trek Asia di Velodrom Nasional, Nilai hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley memberi bayangan mungkin terpaksa melupakan khidmat Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom untuk acara pecut berpasukan di Sukan Asia Hangzhou, September ini. 

Ia susulan jadual yang amat singkat di temasya sukan tersebut, menyaksikan Beasley mahukan Azizulhasni dan Shah Firdaus memberi tumpuan kepada dua acara sahaja, iaitu pecut dan keirin individu.

“Amat mengecewakan kita tidak dapat menurunkan Shah dan Azizul dalam Sukan Asia kerana acara basikal dilangsungkan dalam tempoh empat hari sahaja.

“Acara pecut dan keirin hanya akan dipertandingkan pada hari ketiga dan keempat saingan, sementara China akan cuba menguasainya sepanjang saingan di laman sendiri.

“Jika saya menurunkan skuad terbaik (Azizul dan Shah) di Sukan Asia, mereka akan kepenatan sebelum hari terakhir saingan yang akan menampilkan acara keirin.

“Jadi ini peluang untuk membentuk bakat baru, yang mereka amat memerlukan, jadi para pelumba perlu membuktikkannya,” jelas Beasley. 

 

SHAH Firdaus Sahrom

Beasley bercadang untuk mengekalkan trio berpasukan muda yang terdiri daripada Muhammad Fadhil Zonis, Muhammad Ridhwan Sahrom serta Umar Hasbullah.

Ridhwan, Umar dan Fadhil berjaya menampilkan persembahan meyakinkan apabila meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai semalam.

“Hanya masa akan menentukan, misalnya Umar (Hasbullah) merupakan pelumba muda, dia kini berada di tahun kedua dalam skuad senior dan baru berusia 20 tahun, dia mempunyai potensi untuk dikembangkan.

“Saya juga gembira dengan perkembangan pelumba muda yang lain, seperti Ridwan (Sahrom), dia sudah menunjukkan peningkatan dan dia mempunyai persama dengan abangnya, Shah Firdaus, yang memerlukan masa untuk dia menjadi lebih matang. 

“Dari sudut fizikal dan mental dia sememangnya atlet yang berkualiti, jadi kita berada dalam situasi yang bagus dengan kehadirannya dalam pasukan,” tambahnya.

Sukan Asia 2018 di Palembang/Jakarta menyaksikan skuad pecut berpasukan lelaki negara berjaya menggondol pingat perak di belakang China, sementara Jepun meraih pingat gangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya