Azam bukan sekadar pelengkap Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Azam bukan sekadar pelengkap Harimau Malaya

AZAM Azmi Murad menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad enggan sekadar menjadi pelengkap skuad Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan.

Menurut pemain ber­usia 22 tahun itu, keha­diran tonggak berpengalaman, Matthew Da­vies dan Syahmi Safari di posisi bek kanan tidak menutup peluangnya ­berada dalam kesebelasan utama.

Azam sebaliknya mahu menjadikan persaingan sihat sebagai motivasi untuk kekal dalam perancangan pengendali, Kim Pan Gon.

“Sebenarnya saya tidak sangka dipanggil menyertai kem Harimau Malaya selepas kali terakhir bersama skuad senior pada Piala Raja Thailand dan Piala AFF Suzuki, selain Sukan SEA Kemboja bersama B-22.

“Walaupun dicabar dua tonggak Johor Darul Ta’zim itu, saya tidak sabar untuk menunjukkan kemampuan sendiri.

“Saya mahu me­ngutip pengalaman berguru di bawah Pan Gon di pentas antarabangsa, sekali gus meningkatkan ­prestasi sebagai seorang pemain,” katanya.

Azam Azmi ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebagai persiapan menghadapi pasukan ranking 134 dunia, Kepulauan Solomon, 14 Jun ini.

Selain itu, anak-anak buah Pan-Gon yang dalam misi membaiki kedudukan ranking 138 dijadualkan menentang Papua New Guinea pada 20 Jun juga di gelanggang sama.

“Saya teruja untuk panggilan kebangsaan kali ini kerana kali pertama skuad negara ‘berkampung’ di Terengganu dan sudah tentu perasaan menyarung jersi Malaysia di sini lebih bermakna,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya