ASN 2022: Liek Hou pilihan utama Olahragawan Para Kebangsaan

ASN 2022: Liek Hou pilihan utama Olahragawan Para Kebangsaan

CHEAH Liek Hou berharap anugerah Olahragawan Para Kebangsaan 2022 akan menjadi miliknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rekod tanpa kalah yang dipegang juara badminton para dunia tujuh kali, Cheah Liek Hou musim lalu meletakkannya sebagai pilihan untuk dinobat sebagai Olahragawan Para Kebangsaan.

Bermula dengan Kejohanan Antarabangsa Brazil pada April 2022, diikuti Kejohanan Antarabangsa Bahrain pada Mei, Kejohanan Empat Negara Para Badminton Antarabangsa Ireland pada Julai (dua emas), dan Kejohanan Badminton Para Dunia pada November, menjadikan Liek Hou atlet paling layak memenangi kategori tersebut.

Meskipun berdepan caba­ran daripada pemenang ­pingat emas powerlifting Sukan ­Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin, namun Liek Hou yakin pencapaiannya menang pingat emas dalam semua kejohanan, menguatkan alasan untuk dia merampas gelaran itu.

Katanya, setelah lebih lima kali menerima pencalonan dalam Anugerah Sukan Negara (ASN), sudah tiba masa dia menjulang trofi kemenangan itu yang merupakan pencapaian terbesar bagi mana-mana atlet negara.

“Saya sebenarnya memang harap menang anugerah ini kerana sejak mewakili negara dalam para badminton, saya belum pernah menang lagi.

“Kalau kita tengok prestasi, saya memang layak dan saya harapkan kemenangan kerana ini akan tingkatkan profail saya sebagai pemain dunia, malah beri kenangan peribadi sebab bukan senang dapatkan anugerah ini.

“Untuk Bonnie, tahun lepas masa dia menang, memang prestasi dia sangat luar biasa dan saya anggap waktu itu belum rezeki tapi tahun ini, prestasi saya lengkap.

“Boleh dikatakan setiap kejohanan, semua juara. Saya memang berharap kali ini, saya pula menang,” katanya ketika dihubungi Utusan ­Malaysia.

BONNIE BUNYAU GUSTIN

Atlet berusia 35 tahun itu yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dicalonkan dalam kategori Olahragawan Para­limpik Kebangsaan bersama pelumba basikal lebuh raya para, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, dua atlet powerlifting, Jong Yee Khie dan Bonnie, serta Muhammad Nur Syaiful Zulkafli.

Kelmarin, Majlis Sukan Negara (MSN) mengeluarkan senarai akhir pencalonan ASN 2022 yang dijadual berlangsung pada 17 Julai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya