Aaron-Wooi Yik terlepas peluang raih gelaran Terbuka Indonesia

Aaron-Wooi Yik terlepas peluang raih gelaran Terbuka Indonesia

AARON Chia (kanan) bersama Soh Wooi Yik. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal menggunakan kesempatan untuk meraih gelaran pertama tahun ini apabila tumpas kepada pasangan India di pentas final Terbuka Indonesia sebentar tadi.

Beregu No.3 dunia itu tewas 21-17, 21-18 kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam masa 43 minit sekali gus terlepas membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM426,000.

Mereka berpuas hati membawa pulang RM201,884 namun, layak ke final Terbuka Indonesia yang bertaraf Super 1,000 juga sudah cukup menandakan peningkatan positif beregu negara itu.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama Aaron-Wooi Yik melayakkan diri ke final dalam kejohanan bertaraf Super 1,000 untuk tahun 2023, malah aksi akhir pertama buat mereka sejak muncul naib juara Terbuka India, Januari lalu.

Dalam aksi set pertama di Stadium Istora Senayan itu, Rankireddy-Shetty yang pada mulanya ketinggalan mempamerkan penguasaan mereka untuk menang 21-17 dalam masa 18 minit.

Bersambung set kedua, pasangan negara dilihat banyak melakukan kesilapan mudah untuk memberi kemenangan 21-18 kepada beregu No.6 dunia itu, sekali gus muncul juara Terbuka Indonesia.

Rankireddy-Shetty yang dibimbing jurulatih dari Denmark menunjukkan peningkatan pada musim ini dengan meraih gelaran juara di Terbuka Switzerland pada Mac lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya