Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir Terbuka Singapura

Aaron-Wooi Yik ke suku akhir Terbuka Singapura

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan cabaran ke suku akhir beregu lelaki badminton Terbuka Singapura selepas menyingkirkan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana hari ini.

Kemenangan 21-18, 21-17 itu bakal menemukan juara dunia tersebut dengan satu lagi gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, esok.

Ini adalah pertemuan pertama  Aaron-Wooi Yik dengan gandingan ke-13 dunia sedang meningkat itu.

Carnando-Marthin meraih dua kemenangan dalam tiga pertemuan tahun ini iaitu di Masters Malaysia dan Seluruh England manakala Aaron-Wooi Yik menewaskan lawannya itu di Kejohanan Badminton Asia, April lalu.

Sebelum itu, Aaron-Wooi Yik merekodkan empat kemenangan ke atas Carnando-Marthin sejak mereka mula bertemu di Terbuka Thailand 2021.

Dalam perkembangan samau, pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terkandas di pusingan kedua di tangan pilihan ketujuh dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 18-21, 24-22, 13-21 dalam tempoh satu jam 6 minit.

Turut tersingkir adalah beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila kecundang di tangan gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 18-21, 21-18, 13-21.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya