Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir Terbuka Indonesia

Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir Terbuka Indonesia

AARON CHIA-SOH WOOI YIK (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu No. 3 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tiket separuh akhir badminton Terbuka Indonesia selepas menyingkirkan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito sebentar tadi.

Kemenangan 21-10, 21-15 di Stadium Istora Senayan, Jakarta membolehkan juara dunia itu membalas dendam atas dua kekalahan kepada Akira-Taichi dalam pertemuan terakhir mereka.

Ini separuh akhir kedua berturut-turut buat pasangan utama negara itu yang turut mara ke pusingan empat terbaik pada Terbuka Singapura minggu lalu.

Aaron-Wooi Yik akan menentang pemenang di antara beregu No. 2 dunia Liang Wei Keng-Wang Chang dari China atau gandingan tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan untuk memburu tiket ke final.

Wei Keng-Wang Chang adalah pasangan yang mengecewakan mereka pada Terbuka Singapura. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya