229 Atlet UPM dilindungi Perkeso

229 atlet UPM dilindungi Perkeso

SEBAHAGIAN daripada atlet UPM yang menerima Nota Perlindungan Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam majlis yang diadakan di universiti berkenaan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Seramai 229 atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Nota Perlindungan Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam majlis yang diadakan di universiti berkenaan hari ini.

Dengan adanya caruman ini, atlet UPM akan menerima beberapa faedah yang telah disediakan Perkeso seperti perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, orang tanggungan, layanan sentiasa, pengurusan mayat, pemulihan jasmani atau vokasional dan pinjaman pendidikan.

Lebih membanggakan, UPM merupakan universiti pertama di negara ini yang menerima tajaan caruman SKSPS membabitkan sektor sukan demi menjaga kebajikan atlet yang sebelum ini banyak mengharumkan nama universiti.

Akademi Sukan sebagai peneraju dalam usahama ini telah berjaya mengumpulkan atlet yang melanjutkan pengajian masing-masing di UPM untuk mendapatkan faedah yang disediakan oleh pihak Perkeso, sekaligus menjadi pelan pelindungan terbaik kepada mereka.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, UPM telah dipilih untuk menerima tajaan daripada pihak YAPEIM melalui pihak Perkeso sebanyak RM 69, 607.20 bagi membiayai SKSPS di bawah inisiatif Kumpulan Sasaran SPS Sukan.

“UPM menghargai usaha pihak Perkeso dalam mencari penaja bagi membantu membiayai caruman khususnya pada atlet UPM dan saya berharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

“Tempoh perlindungan untuk 229 atlet UPM ini adalah selama setahun yang bermula pada 14 Februari 2023 sehingga 13 Februari 2024,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman.

Dalam pada itu Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Operasi, John Riba Marin berkata, UPM merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terbaik yang menyediakan rujukan utama Program Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi kepada golongan atlet.

“Dedikasi dan semangat yang ditunjukkan oleh pengurusan tertinggi UPM telah membuktikan bahawa kita semua senada dan mengambil berat terhadap perlindungan keselamatan sosial dalam kalangan atlet UPM ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya