Zii Jia beri alasan tidak sihat sebagai punca kekalahan

Zii Jia beri alasan tidak sihat sebagai punca kekalahan

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain Taiwan, Lin Chun Yi pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2023, di Stadium Axiata Arena , di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada kelibat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pada suku akhir, esok, apabila dia ditunjukkan jalan keluar oleh Lin Chun Yi dari Taiwan pada pusingan kedua Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Zii Jia yang kini jatuh daripada kedudukan kelapan ke tangga No. 10 dunia, terpaksa akur dengan ketangkasan pemain berusia 25 tahun itu setelah dibenam dalam aksi tiga set 19-21, 21-16, 15-21.

Ini merupakan kemenangan sulung Chun Yi ke atas Zii Jia selepas kali pertama mereka bertemu pada Indonesia Masters, Januari lalu yang mana pertemuan itu berpihak kepada anak kelahiran Kedah itu.

Selepas perlawanan berakhir, Zii Jia, 25, gagal ditemui media selepas dia memberikan alasan tidak sihat dan sebaliknya mewakilkan pengurusnya, Lee Zii Yii yang merupakan kakak kepada pemain itu.

Zii Yii berkata, adiknya itu berasa pening dan tidak dapat untuk di temu bual oleh pemberita.

“Saya mohon maaf bagi pihak Zii Jia. Sebenarnya Zii Jia sudah tak berapa selesa sejak beberapa hari lalu. Kita sudah beri dia makan ubat dan berehat, tetapi malangnya dia tak dapat tahan kesakitan itu hari ini.

“Selepas Piala Sudirman, dia agak keletihan dan disebabkan perlu bergerak jauh menaiki pesawat pada tengah malam, kemudian naik bas pula, kesihatan Zii Jia terjejas.

“Kami tahu semua pemain lain yang menyertai Piala Sudirman pun letih juga. Oleh sebab itu, kami telah cuba yang terbaik untuk beri pemulihan dan penjagaan kepada Zii Jia agar dia dapat beraksi pada Malaysia Masters, namun, ini yang terjadi,” katanya.

Jelas Zii Yii, keadaan Zii Jia sebelum ini tidak serius sehingga tidak memerlukannya mendapatkan rawatan daripada pegawai kesihatan, namun, mereka tidak menyangka pula kesakitan pemain itu kembali berulang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya