Zamsaham buka mulut Sabtu ini

Zamsaham buka mulut Sabtu ini

NORIZAM Tukiman bersediakan melepaskan Kelantan FC asalkan pembeli baharu itu menunjukkan proof of fund bagi menjamin masa depan kelab itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Segala kemelut yang melanda Kelantan FC bakal dijawab oleh pemiliknya, Norizam Tukiman pada sesi soal jawab bersama penyokong kelab berkenaan pada 3 Jun ini di Kota Bharu, Kelantan.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham di media sosial mengesahkan, pihaknya akan mengadakan majlis bersama peminat The Red Warriors pada 3 Jun ini dan turut diadakan sesi soal jawab.

“Pada 3 Jun 2023 ini boleh hadir ke Zamburger Kelantan di Kota Bharu. Saya buat jamuan makan sambil bertemu dengan semua peminat TRW Kelantan FC. Masa jam 2 hingga 5 petang.

“Saya mohon maaf kerana jadual nak buat awal masa raya tak tercapai kerana saya hadir Expo halal di Kanada. Insya-Allah semua yang berkelapangan hadir pada 3 Jun 2023, Sabtu di Zamburger Kelantan, Kota Bharu.

“Ada ruangan sesi soal jawab. Jemput semua hadir,” kata Zamsaham di laman Facebooknya.

Ketika ini, pasukan Kelantan FC dilanda pelbagai masalah luar padang sehingga menjejaskan prestasi pasukan yang ketika ini menghuni kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan empat masa selepas mengharungi 12 perlawanan.

Sebelum ini, bekas jurulatih, Choi Moon Sik dan ejennya, Myeongho Jeong mendedahkan situasi ‘di belakang tabir’ pasukan Pantai Timur itu dan baru-baru ini para pemain turut mendedahkan kepincangan membabitkan pasukan itu.

Penjaga gol Kelantan FC, Farhan Abu Bakar telah berkongsi kisah sedih apabila gajinya yang tertunggak tidak dibayar penuh, sebaliknya dia diminta oleh pihak pengurusan untuk memohon duit pendahuluan atau ‘advance’.

“Kalau nak ikutkan mana cukup untuk saya ambil balik kereta kerana saya kena bayar RM3,960 untuk ambil balik dari pihak bank. Jadi bila saya hubungi bahagian kewangan pasukan, mereka boleh pula suruh saya mohon ‘advance’, sedang yang saya minta itu gaji saya,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya