Yew Sin-Ee Yi beregu keempat Malaysia mara ke suku akhir

Yew Sin-Ee Yi muncul beregu keempat Malaysia mara ke suku akhir

ONG YEW SIN-TEO EE YI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara yang menghuni ranking No. 8 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi wakil Malaysia terakhir menempah slot ke suku akhir setelah menundukkan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han pada pusingan kedua Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Gandingan profesional negara itu dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan dramatik 15-21, 21-12, 21-19 ke atas pasangan No.14 dunia itu.

Menanti Yew Sin-Ee Yi pada suku akhir ialah beregu No. 16 dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae yang menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun 21-15, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Ee Yi ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir berkata, beregu Taiwan tersebut bermain baik dalam set pertama dan dalam set kedua, mereka bekerja keras untuk mengheret permainan ke rubber set.

“Dalam perlawanan tadi, kami pastikan mereka tidak mudah untuk matikan permainan kami.

“Kami berjuang habis-habisan. Mungkin mereka sudah boleh baca game kami, sebab itu, perlawanan hari ini lebih sengit berbanding pada Piala Sudirman, minggu lalu,” katanya.

Menurut Yew Sin, pada hujung aksi, mereka juga berjaya mendesak beregu Taiwan itu melakukan kesilapan dan berjaya merapatkan jurang mata sebelum menang.

Mengulas mengenai pertemuan dengan pasangan Korea Selatan, Min Hyuk-Seung Jae, katanya, kali terakhir bertemu dengan beregu tersebut ialah pada Terbuka Australia yang menyaksikan pertembungan itu berpihak kepada mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya