Wei Chong-Kai Wun lakar sejarah sendiri, mara ke suku akhir

Wei Chong-Kai Wun lakar sejarah sendiri, mara ke suku akhir

MAN WEI CHONG-Tee Kai Wun berjaya menewaskan Alexander Dunn-Adam Hall pada pusingan kedua Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta sejarah mereka sendiri apabila mara ke suku akhir buat kali pertama pada Malaysia Masters selepas menewaskan pasangan Scotland, Alexander Dunn-Adam Hal dalam pusingan kedua di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi.

Gandingan No. 26 dunia itu dipaksa bekerja keras berdepan serangan Dunn-Hall dalam perlawanan yang diheret sehingga ke set penentuan sebelum menang 19-21, 21-16, 21-13.

Wei Chong ketika ditemui pemberita berkata, dia berasa sangat gembira kerana berjaya mara ke peringkat lapan terbaik buat kali pertama pada kejohanan bertaraf Super 500 itu.

“Kami rasa seronok dan bersyukur, kami berterima kasih kepada staf sokongan yang banyak membantu, kami juga teruja sebab ini kali pertama kami ke suku akhir.
“Harap kami dapat buat yang terbaik, esok. Perlawanan hari ini beri kami keyakinan kerana biasanya kami bertemu pemain 10 terbaik dunia seawal pusingan pertama,” katanya.

Pemain berusia 23 tahun itu yang sebelum ini dibelenggu dengan kecederaan buku lali pada kaki kirinya memberitahu, tumpuan sepenuhnya yang diberi ketika berada dalam gelanggang banyak membantu dia dan Kai Wun melakar kemenangan menundukkan beregu Scotland itu.

“Kami berusaha berikan sehabis baik sebab kami dah lama tak bermain, jadi inilah peluang kami untuk membuktikan kemampuan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Kai Wun pula berkata, dia berhajat untuk meraih slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, justeru, perbincangan dengan jurulatih untuk mengubah tahap permainan mereka sering dilakukan bagi memperbaiki kelemahan.

“Selepas perbincangan dibuat, kami semakin yakin. Kami akan cuba berusaha sebaik mungkin kerana Malaysia Masters antara pertandingan yang menawarkan mata untuk Sukan Olimpik,” jelas Kai Wun.

Laluan getir menanti Wei Chong-Kai Wun pada suku akhir, esok, apabila bakal bertemu bekas juara dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya