Tumbangkan Thailand bukan misi mustahil

Tumbangkan Thailand bukan misi mustahil

PEMAIN Malaysia melakukan persiapan akhir di Phnom Penh, Kemboja semalam menjelang pertemuan getir menentang juara 16 kali, Thailand dalam aksi kedua bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Stadium Prince hari ini. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Thailand turun dengan status juara 16 kali, iaitu pemenang terbanyak bola sepak lelaki dalam sejarah Sukan SEA, namun reputasi itu tidak menggerunkan Malaysia untuk menumbangkan skuad Gajah Perang pada aksi kedua Kumpulan B hari ini.

Beraksi pada pukul 4 petang waktu Phnom Penh (5 petang waktu Malaysia), suhu panas tidak memberi kelebihan kepada skuad bawah 22 tahun negara (B-22) kerana Malaysia dan Thailand berkongsi cuaca sama.

Keadaan padang yang buruk di Stadium Prince pula bukan sahaja menjejaskan permainan Thailand, malah turut menggugat Malaysia.

Jadi, kedua-dua pasukan sebenarnya tidak punya kelebihan besar, dan taktikal paling tepat untuk berdepan situasi semasa dan permainan lawan akan menentukan siapa mampu memenangi perlawanan.

PASUKAN Malaysia membincangkan taktikal yang akan digunakan apabila berdepan Thailand hari ini ketika menjalani latihan akhir di Phnom Penh semalam. – UTUSAN

Bagi Presiden Persa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin, beliau mahu Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir lebih awal tanpa menunggu perlawanan terakhir menentang Singapura.

Bermakna, Malaysia perlu mengalahkan Thailand dan mengutip mata menentang ­Vietnam pada Isnin ini untuk meneruskan kemaraan.

“Kalau tanya saya secara peribadi, pasukan ini boleh kalahkan Thailand dan ­Vietnam. Bukan kita nak jumpa Korea atau Jepun, memang boleh (atasi Thailand dan Vietnam).

“Tetapi seperti saya katakan kepada pasukan, selain kita melihat kelemahan taktikal pasukan lawan, pentingnya pemain kita bersedia tanpa ada masalah dan mereka fokus 100 peratus untuk bertemu Thailand dan Vietnam.

“Kalau perkara itu kita ada, peluang untuk menang adalah cerah.

“Jadi, maksudnya pasukan kita kena 100 peratus dalam ‘mood’ bersedia untuk memenangi perlawanan dengan Thailand,” katanya.

Malaysia memburu kemenangan kedua selepas membuka aksi dengan membelasah Laos 5-1, Rabu lalu dan peluang untuk mara ke separuh akhir pasti lebih cerah seandainya menewaskan Thailand.

Thailand turut mengumpul tiga mata selepas menewaskan Singapura 3-1, Ahad lalu.

Sebagai rekod, Malaysia telah menang enam pingat emas sepanjang penganjuran temasya sukan berprestij Asia Tenggara itu dengan kali terakhir dimenangi pada edisi 2011 di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya