Tular video papar suara dipercayai milik Zamsaham

Tular video papar suara dipercayai milik Zamsaham

NORIZAM Tukiman bersediakan melepaskan Kelantan FC asalkan pembeli baharu itu menunjukkan proof of fund bagi menjamin masa depan kelab itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas pasukan Kelantan FC terpalit dengan pelbagai isu luar padang sebelum ini, kini timbul pula dakwaan pemiliknya, Norizam Tukiman menggunakan kata kesat dan memaki pekerjanya sendiri.

Ketika ini tular klip video yang memaparkan suara yang difahamkan milik Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham yang menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya ketika berkomunikasi dengan pekerjanya.

Video itu turut dikongsi di pelbagai platform media sosial termasuk dengan kapsyen yang tidak percaya bahawa pemilik Kelantan FC itu menggunakan kata-kata sedemikian biarpun di laman Facebooknya tidak menggambarkan sedemikian.

Sebelum ini, ejen bola sepak dari Korea Selatan, Myeongho Jeong turut mendedahkan bekas jurulatih Kelantan FC, Choi Moon-sik sering menjadi objek makian hingga memberi kesan dalaman kepada bekas pemain Piala Dunia 1994 Korea Selatan itu.

“Majikan selalu memaki pemain, bergaduh dengan jurulatih dan pemain di bilik persalinan. Tiada siapa tahu perkara sebenar tetapi pemain menjadi saksi,” kata ejen kepada Moon Sik itu melalui IG Story.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya