Timber sekali lagi kecewakan United?

Timber sekali lagi kecewakan United?

JURRIEN Timber
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain pertahanan Ajax, Jurrien Timber memberi bayangan dia mungkin akan terus kekal bersama gergasi Belanda itu selepas beberapa minggu lalu mendakwa bakal tinggalkan pasukan pada musim panas ini.

Pemain berumur 21 tahun iyu tidak berjaya ditandatangani Manchester United pada musim panas lalu tetapi kembali menjadi sasaran Erik Ten Hag yang pernah bekerjasama dengan Timber di Ajax sebelum ini.

Selain itu, Timber juga turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, selepas teman wanitanya dilihat sedang mencari rumah baru di Merseyside.

Pemain Belanda itu sebelum ini mencetus spekulasi yang dia akan meninggalkan Ajax apabila mendapat persetujuan daripada gergasi Belanda itu.

Bagaimanapun dalam kenyataan terbarunya Timber berkata, dia mengeluarkan kenyataan mahu berpindah kerana prestasi Ajax kurang baik pada musim ini

“Saya menolak tawaran kelab-kelab besar musim lalu, jadi saya tidak rasa seperti saya akan meninggalkan kelab.

“Tetapi kita belum tahu bagaimana keadaannya musim depan. Saya dijanjikan banyak perkara yang tidak menjadi realiti musim ini.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku musim depan, jadi masih ada kemungkinan untuk terus kekal di Ajax,” kata Timber.

Timber mengumpul 100 penampilan untuk Ajax selepas menamatkan latihan di akademi kelab berkenaan, dan khidmatnya amat diperlukan oleh pasukan yang bergelut sejak kehilangan Ten Hag pada musim panas lalu.

Dalam pada itu, Timber meletakkan tiga syarat untuk dirinya menyertai mana-mana kelab baharu pada musim hadapan.

“Jika saya mahu meninggalkan Ajax, ia (kelab) perlu memenuhi syarat saya. Corak permainan sangat penting, minit permainan dan kejohanan disertai. Negara pilihan saya? Saya tidak akan dedahkan,” kata Timber. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya