Tangisan Jin Wei iringi penyingkirannya dari Masters Malaysia

Tangisan Jin Wei iringi penyingkirannya dari Masters Malaysia

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei ketika menentang pemain Jerman, Yvonne Li pada Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan untuk melihat perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei melangkah jauh di laman sendiri tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama di Master Malaysia.

Air mata mengiringi pemain berusia 23 tahun itu selepas dia tumpas kepada pemain Jerman, Yvone Li dengan keputusan 17-21, 21-17, 15-21.

Ini kali kedua berturut-turut Jin Wei tewas kepada Yvonne selepas kali terakhir mereka bertemu di All England Mac lalu, Yvonne berjaya menyingkirkan Jin Wei di pusingan yang sama.

“Saya sedih kerana keadaan saya seperti ini. Saya marah dengan diri sendiri kerana tidak menjaga keadaan diri,” jelas Jin Wei dalam keadaan teresak-esak.

 

Begitupun, bekas juara remaja dunia sebanyak dua kali ini merayu kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membantunya memandangkan dia menghadapi kesukaran sejak memilih untuk bergerak sebagai pemain profesional pada Januari tahun lalu.

“Jadi saya rasa saya tidak melakukannya (pemulihan kecergasan) dengan baik. Ini kerana saya perlu melakukan fisioterapi di luar (swasta) setiap hari tetapi saya tidak mempunyai servis sokongan.

“Bagi seorang pemain elit, kami perlu pergi ke fisioterapi setiap minggu. Saya berharap dapat disenaraikan dalam program Road to Gold (RTG). Walaupun ada kriteria (yang ditetapkan) saya harap dapat disenaraikan, jadi boleh menggunakan fasiliti mereka. Ia sudah pasti akan membantu meningkatkan prestasi saya,” tambah Jin Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya