Tang Jie sukar terima kekalahan

Tang Jie sukar terima kekalahan

CHEN TAN JIE-TOH EE WEI mara ke final Terbuka Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kekalahan seawal set pertama pada Malaysia Masters 2023 sukar untuk diterima Chen Tang Jie yang bergandingan dengan Toh Ee Wei apabila ditunjukkan jalan keluar oleh beregu campuran Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.

Beregu yang baharu sahaja digandingkan pada penghujung tahun lalu dan kini menghuni ranking ke-20 dunia tewas kepada pasangan No. 14 dunia, Rinov-Pitha 20-22, 21-11, 15-21.

Tang Jie ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir berkata, persembahannya, hari ini, tidak bagus dan sedia mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan tersebut.

 

“Kita tak 100 peratus fokus, kena balik tengok video dan bincang dengan jurulatih, saya memang kecewa.

“Semasa set ketiga, kita sudah dapat kejar, tetapi lawan dapat bangkit, mungkin kami terlalu terburu-buru untuk ambil mata,” katanya.

Menurut pemain berusia 25 tahun itu, kekalahan tersebut juga tiada kena mengena dengan kekecewaan pada Piala Sudirman.

Jelasnya, pertandingan yang sudah berlalu perlu dilupakan, tetapi kali ini kekalahan pada Malaysia Masters memang mengecewakannya.

“Sekarang saya sangat kecewa sebab kalah, saya tak mahu beri alasan kecederaan Ee Wei, dia memang ada masalah pada kaki dia.

“Ada berlaku keradangan, tapi masalah itu bukan alasan kekalahan kami, kalau anda ada sakit lebih baik tak payah main,” tegasnya.

Tang Jie yang akan menyertai Terbuka Thailand, minggu depan, memberitahu, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk menjadi pemain lebih bagus.

“Saya ingin jadi lebih bagus dan beraksi konsisten, saya tak suka kalah,” ujar Tang Jie.

Kekalahan Tang Jie-Ee Wei, menyaksikan Malaysia tiada wakil dalam aksi beregu campuran ke peringkat 16 terbaik apabila tiga lagi pasangan profesional negara turut terkeluar.

Tersingkir pada peringkat 32 terbaik adalah beregu No. 7 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang tewas kepada Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia 19-21, 21-18, 12-21.

Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula kalah kepada pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 20-22, 20-22, manakala, Chan Peng Soon-Cheah Yee See tunduk kepada pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 8-21, 15-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya