PHNOM PENH: Skuad pingpong wanita negara dilandasan terbaik untuk meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mara ke pentas final temasya dwitahunan itu selepas 30 tahun.
Kali terakhir pasukan wanita mara ke final ketika temasya dwitahunan itu berlangsung di Singapura pada 1993, ketika pasukan tersebut diketuai Phua Bee Sim yang muncul naib juara selepas tewas kepada Indonesia.
Kali ini, pasukan yang dibarisi Karen Lyne, Alice Chang, Tee Ai Xin dan Im Li Ying kembali menyibarkan cabaran negara di final selepas mengatasi Vietnam di Dewan Pingpong Stadium Nasional Morodok Techo.
Dalam aksi itu, Karen menundukkan Zhou Jingyi 3-2 (16-18, 11-8, 9-11, 15-13, 11-6) Alice pula menjinakkan Zeng Jian 11-9 4-11, 3-11) sebelum Ai Xin menang ke atas Wong Xin Ru 3-1 (12-10, 12-10, 7-11, 11-9).
Penentuan emas dan perak akan berlangsung hari ini, di mana skuad negara akan membuat perhitungan dengan Thailand.-UTUSAN