Sukan SEA: Skuad badminton wanita dimalukan Filipina

Sukan SEA: Skuad badminton wanita dimalukan Filipina

AKSI Valeree Siow (kanan), Low Yeen Yuan ketika menentang pasangan Filipina Marie Thea Pomar/Alyssa Ysabel Leonardo dalama acara berpasukan badminton wanita Sukan SEA Kemboja.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malapetaka menimpa skuad badminton wanita negara apabila tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, Filipina dalam aksi suku akhir acara berpasukan yang berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Nasional Morodok Techo, Phnom Penh semalam.

Malaysia diletakkan sebagai pilihan ketiga/keempat terpaksa menurunkan Tan Zhing Yi sebagai perseorangan pertama untuk turun berentap selepas Wong Ling Ching dilaporkan mengalami kecederaan.

Zhing Yi yang berada di ranking ke 138 dunia bergelut untuk mengatasi Mikaela Joy De Guzman sebelum akur dengan keputusan 24-22, 21-18 dalam tempoh 48 minit.

Malaysia semakin parah apabila Low Yee Yuan yang merupakan kapten pasukan wanita negara, digandingkan bersama Valeree Siow dalam beregu wanita, tunduk ditangan Marie Thea Pomar/Alyssa Ysabel Leonardo yang memberikan tentangan sengit dengan keputusan 22-20, 19-21, 24-22.

Tekanan semakin memuncak buat kem Malaysia setelah ketinggalan 0-2 kepada Filipina dengan Siti Nurshuhaini Azman beraksi dalam keadaan gugup ketika berdepan dengan Maria Bianca Ysabel Carlos.

Kesilapan demi kesilapan memakan diri yang menyaksikan Nurshuhaini tewas dengan keputusan 21-16, 21-18 dalam tempoh 34 minit, sekaligus menyaksikan skuad berpasukan wanita negara tersingkir awal dari Sukan SEA Kemboja 2023.

“Saya rasa sebab tahun lepas (Sukan SEA Hanoi), saya tidak dapat berikan persembahan yang baik untuk pasukan Malaysia, jadi saya rasa agak kecewa untuk tahun ini.

“Tahun lepas, saya turun sebagai pemain pertama, tetapi gagal bagi mata, kali ini saya turun pula sebagai pemain terakhir, kira macam penentu untuk pasukan Malaysia, tetapi saya tidak dapat juga mata.

“Salah satu sebab adalah disebabkan angin, tetapi saya berasa dalam tekanan yang amat tinggi apabila pasukan sudah pun ketinggalan sebanyak 2-0,” jelas Nurshuhaini.

Barisan pemain wanita negara berpeluang untuk menebus kekecewaan ini apabila acara individu bakal membuka gelanggang pada 12 Mei ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya