Sukan SEA: Pelayaran ceriakan kem Malaysia dengan dua emas

Sukan SEA: Pelayaran ceriakan kem Malaysia dengan dua emas

MUHAMMAD Hafizin Mansor memenangi pingat emas menerusi acara RSX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Pasukan pelayaran menceriakan kem Malaysia di Sukan SEA Kemboja apabila berjaya meraih dua pingat emas hari ini.

Pingat emas berkenaan hadir menerusi Muhammad Hafizin Mansor dalam acara RSX dan Izry Hafiezy Fitry menerusi acara RS One.

Izry Hafiezy Fitry

Kejayaan merangkul dua emas itu melengkapkan sasaran yang ditetapkan kepada sukan itu dan akan melepasi sasaran yang ditetapkan.

Sebanyak sembilan atlet negara mengambil bahagian dalam tujuh daripada sembilan acara yang dipertandingkan secara keseluruhannya di Sukan SEA Kemboja.

Sukan pelayaran tidak dipertandingkan di Sukan SEA Ke-31 di Vietnam pada tahun lalu dan atlet pelayaran Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan di temasya Kuala Lumpur 2017 dengan tujuh pingat emas.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya