Sukan SEA: Pasangan kembar butirkan emas kelima Malaysia

Sukan SEA: Pasangan kembar butirkan emas kelima Malaysia

MUHAMMMAD Danial Azray Noorazizan dan Muhammmad Danial Azrol apabila berjaya melakar sejarah meraih emas dalam acara silat seni ganda lelaki Sukan SEA Kemboja
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kenangan cukup indah buat pesilat kembar negara, Muhammmad Danial Azray Noorazizan dan Muhammmad Danial Azrol apabila berjaya melakar sejarah meraih emas dalam acara silat seni ganda lelaki Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Dalam aksi di Dewan E Pusat Konvensyen Chroy Changvar itu, pasangan kembar itu mengutip 9.945 mata untuk menewaskan lawan dari Filipina yang juga pasangan adik beradik, Al Faujan Esmael dan Al Mohaidib yang mengumpul 9.885 mata.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang di menangi pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu menerusi gandingan Mohd. Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga.

Pingat emas itu merupakan yang kelima buat kontinjen negara setakat ini selepas skuad karate cemerlang menyumbangkan empat emas.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya