PHNOM PENH: Penerjun negara terus menguasai Pusat Akuatik Morodok Techo di sini apabila menyapu bersih pingat emas yang di pentas Sukan SEA Kemboja.
Penerjun negara membuktikan Malaysia sememangnya jaguh rantau Asia Tenggara apabila memenangi semua empat acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023.
Prestasi cemerlang skuad negara di Pusat Akuatik Morodok Techo dilengkapkan dengan pingat emas dan perak yang diraih Enrique Maccartney Harold dalam acara platform lelaki, hari ini.
Enrique mengumpul mata keseluruhan 442.95, mengatasi rakan senegara, Bertrand Rhodict Anak Lises yang meraih 384 mata manakala atlet penerjun Singapura, Max Lee Shen Oon (362.8) memenangi gangsa.
Untuk, rekod skuad terjun negara turut menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA Vietnam, tahun lalu.- UTUSAN ONLINE