PHNOM PENH: Kemboja menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri untuk menumpaskan skuad kriket negara dan merangkul emas dalam acara 50 over di Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.
Dalam aksi di AZ Group Cricket Oval itu, Kemboja yang dibarisi pemain import dari India dan Pakistan, berjaya melakukan 334 larian dalam 50 over pada ‘inning’ pertama.
Kekalahan berkenaan sekali gus menyaksikan Malaysia gagal mempertahankan pingat emas dalam acara tersebut yang pernah dimenangi pada Sukan SEA Vietnam pada tahun lalu.
Bagaimanapun, skuad kriket negara masih berpeluang untuk merebut pingat emas apabila akan beraksi di separuh akhir dalam acara T20 pada Khamis ini.-UTUSAN ONLINE