PHNOM PENH: Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 Tan Cheong Min melengkapkan koleksi pingatnya selepas memenangi pingat emas buat negara dalam sukan wusyu di Sukan SEA Kemboja 2023.
Atlet wushu berusia 24 tahun itu sudah terlebih dahulu muncul juara dunia meraih emas dalam acara Nanquan wanita selepas mengumpul 9.626 mata pada aksi di Dewan A Pusat Konvensyen Chroy Changvar.
Pengalaman besar dimilikinya di peringkat dunia nyata sukar digugat peserta lain di temasya tertinggi Asia Tenggara itu.
Pingat perak menjadi milik Tasya Ayu Puspa Dewi dari Indonesia dengan meraih 9.593 mata, manakala Myanmar Aye Thitsar Myint memenangi gangsa dengan 9.143 mata.-UTUSAN