Sukan SEA 2023: Suka dalam duka

Sukan SEA 2023: Suka dalam duka

HOKI wanita menghadiahkan emas terakhir dan ke-34 buat kontinjen Malaysia di Phnom Penh, Kemboja semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Pasukan hoki padang lelaki merangkul pingat emas ke-16 dalam ­sejarah Sukan SEA, Lego Sam mempertahankan ­kejuaraan breakdance lelaki, manakala ­Ahmad Nor Iman Hakim Rakib melakar sensasi menghadiahkan emas pertama kickboxing.

Semuanya akan menjadi penamat yang sempurna dan gemilang andai ia mampu melengkapkan misi 40 pingat emas yang ­disasarkan kontinjen Malaysia pada edisi ke-32 temasya di Phnom Penh, apatah lagi hoki wanita turut menutup hari pertandingan dengan emas ke-34.

Malangnya, pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA telah menenggelamkan kecemerlangan itu dan kegagalan meme­nuhi misi, selain menutup kempen di tangga ketujuh sesuatu yang cukup mengecewakan.

Malaysia di belakang Thailand, Vietnam dan Indonesia dalam pungutan pingat emas keseluruhan boleh lagi diterima.

SKUAD Hoki lelaki meraih emas ke-16 dalam sejarah Sukan SEA.

Memandangkan temasya kali ini diadakan di Phnom Penh, berada di belakang Kemboja juga masih boleh diterima memandangkan ­sebagai tuan rumah mereka mempunyai terlalu banyak kelebihan, termasuk menyenaraikan sukan yang memihak kepada kontinjen negara itu.

Begitupun menutup kempen di belakang Singapura dan Filipina sesuatu yang amat menyedihkan. Tidak kiralah Malaysia menyenaraikan 65 peratus muka baharu atau atlet muda, gagal tetap gagal!

Memahami beberapa sukan ‘lubuk’ Malaysia yang tidak dipertandingkan menyebabkan kutipan emas negara menyusut, namun kegagalan membawa pulang emas daripada badminton agak menyedihkan.

Hoki juga kehilangan dua emas dalam ­dewan dan olahraga hanya menutup saingan dengan lima emas ­biarpun 48 pingat emas keseluruhan ditawarkan.

SAM Jee Lek meraikan pingat emas breakdance yang diraih dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja. – UTUSAN/AMIr KHALID

Renang yang satu ketika pernah menjadi ‘lubuk’ emas Malaysia sekadar membutirkan satu emas, namun Persekutuan Renang ­Malaysia (MS) ­bernasib baik kerana terjun yang menyapu bersih kesemua empat emas menutup sedikit kelemahan mereka.

Selepas gagal memenuhi sasaran 40 pingat emas yang diletakkan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan membuat rangkuman prestasi keseluruhan kontinjen negara pada edisi ke-32 temasya esok.

NOR Iman Hakim Rakib (merah) berjaya menumbangkan lawan dari Indonesia, Firman Muharram Syach untuk meraih pingat emas kickboxing.

Biarpun temasya hanya akan ditutup secara hari ini, namun semalam hari terakhir pertandingan dan Malaysia menamatkan kempen dengan mengutip 34 pingat emas, kurang enam daripada yang disasarkan.

Ia juga prestasi terburuk kontinjen negara dalam temasya sukan dwitahunan itu, yang menutup saingan di tangga ketuju pungutan pingat keseluruhan di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia, Kemboja, Filipina dan Singapura.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Mohd. Nasir Ali serta dua timbalannya Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee akan pulang ke tanah air esok bagi bagi memperincikan prestasi kontinjen negara di temasya dwitahunan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya