Sukan SEA 2023 catat prestasi terburuk Malaysia

Sukan SEA 2023 catat prestasi terburuk Malaysia

HOKI wanita menghadiahkan emas terakhir dan ke-34 buat kontinjen Malaysia di Phnom Penh, Kemboja semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malaysia mencatat pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA apabila menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 emas pada edisi 2023 di Kemboja.

Dengan semua acara pingat berakhir semalam, pencapaian negara pada edisi ke-32 di sini lebih teruk berbanding edisi Hanoi di Vietnam tahun lalu.

Apabila temasya dwitahunan itu menutup tirai secara rasmi hari ini, kontinjen negara akan pulang dari Sukan SEA hanya dengan mengumpul 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menduduki tempat ketujuh  pungutan pingat.

Malaysia menamatkan kempen di Hanoi tahun lalu di kedudukan keenam dengan kutipan 39-45-90. Mereka juga mendapat tempat yang sama pada edisi 1983 di Singapura.

Apa yang lebih mengecewakan ialah Malaysia yang menghantar 676 atlet ke Phnom Penh menamatkan saingan di bawah Singapura, Filipina dan tuan rumah Kemboja.

Vietnam muncul juara keseluruhan dengan 136 pingat emas, 105 perak dan 114 gangsa, diikuti Thailand (108-95-108), Indonesia (85-81-109), Kemboja (81-74-126), Filipina (58-86). -116) dan Singapura (51-42-64).

Pada hari terakhir semalam, Malaysia menambah empat lagi emas menerusi Sam Jee Lek (sukan tari), pasukan hoki lelaki dan wanita serta Ahmad Nor Iman Hakim Rakib (kickboxing).

Majlis penutup akan diadakan malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya