Skuad hoki dalam dewan 'kenduri' gol di Kemboja

Skuad hoki dalam dewan ‘kenduri’ gol di Kemboja

MALAYSIA bermula langkah kanan dalam saingan hoki dalam dewan wanita apabila membelasah Singapura 8-0 di Phnom Penh, Kemboja. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia membuka kempen hoki dalam dewan Sukan SEA 2023 dengan penuh bergaya apabila melakar kemenangan besar dalam saingan lelaki serta wanita di Phnom Penh, hari ini.

Skuad wanita negara memulakan misi mempertahankan pingat emas dengan membelasah Singapura 8-0 dalam aksi pertama pusingan round-robin di Pusat Konvensyen Chroy Changvar

Tidak lama selepas itu, pasukan lelaki melakar kemenangan lebih besar, membedil tuan rumah, Kemboja 10-1.

Dalam saingan wanita, Nuraslinda Said meledak empat gol pada minit kelapan, 11, 18 dan 19, manakala Fazilla Sylvester Silin menyumbang dua gol (m13 dan m34), diikuti Raja Norsharina Raja Shahbuddin (m3) serta Iren Hussin (m26).

 

“Syukur Alhamdulillah. Pembukaan yang baik untuk pasukan. Kita bermula langkah kanan. Tiga mata amat penting untuk kita, bagi setiap perlawanan.

“Pemain bermain dengan baik dan mengikut perancangan yang dirancang sebelum perlawanan bermula. Saya berpuas hati dengan keputusan, namun kita akan perbaiki beberapa kesilapan yang dikenal pasti pada perlawanan tadi.

“Kami kurang menjaringkan gol pada separuh masa kedua jika dibandingkan dengan separuh masa pertama. Ini kerana lawan, Singapura lebih menerapkan corak permainan secara bertahan kerana mahu mengurangkan jumlah bolos. Bagaimanapun pemain tetap meneruskan permainan yang terbaik,” kata Ketua Jurulatih Malaysia, Mohd. Badrul Hisham Osman.

Skuad negara dijadual bertemu Filipina esok dan bagi Badrul, dia mengharapkan pemain untuk tidak melepaskan peluang menjaringkan gol.

Sementara itu, hatrik Faridzul Afiq Mohd. pada minit pertama, ke-23 dan 32 memastikan mengetuai pesta gol skuad lelaki negara.

Abdul Khaliq Hamirin pula menambah dua  gol, manakala lima lagi jaringan Malaysia disempurnakan oleh Danial Asyraf Abdul Ghani, Muhamad Izham Azhar, Muhammad Firdaus Omar, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan dan Mohd. Norhafizie Jamil Azomi. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya