Skuad badminton wanita negara disingkirkan Filipina

Skuad badminton wanita negara disingkirkan Filipina

Kapten pasukan wanita negara, Low Yeen Yuan (kiri) bergandingan bersama Valeree Siow gagal untuk mencipta kemenangan ketika berdepan Filipina dalam aksi berpasukan Sukan SEA Kemboja 2023 yang berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad badminton wanita negara menerima tamparan apabila tewas mengejut kepada Filipina dalam aksi suku akhir acara berpasukan wanita Sukan SEA Kemboja 2023 dengan keputusan 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Dewan Badminton Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo sebentar tadi.

Malaysia diletakkan sebagai pilihan ketiga/keempat terpaksa menurunkan Tan Zhing Yi sebagai perseorangan pertama untuk turun berentap selepas Wong Ling Ching dilaporkan mengalami kecederaan.

Zhing Yi yang berada di ranking ke 138 dunia bergelut untuk mengatasi Mikaela Joy De Guzman sebelum akur dengan keputusan 24-22, 21-18 dalam tempoh 48 minit.

Malaysia semakin parah apabila Low Yeen Yuan yang merupakan kapten pasukan wanita negara, digandingkan bersama Valeree Siow dalam beregu wanita, tunduk ditangan Marie Thea Pomar/Alyssa Ysabel Leonardo yang memberikan tentangan sengit dengan keputusan 22-20, 19-21, 24-22.

Tekanan semakin memuncak buat kem Malaysia setelah ketinggalan 0-2 kepada Filipina dengan Siti Nurshuhaini Azman beraksi dalam keadaan gugup ketika berdepan dengan Maria Bianca Ysabel Carlos.

Kesilapan demi kesilapan memakan diri yang menyaksikan Nurshuhaini tewas dengan keputusan 21-16, 21-18 dalam tempoh 34 minit, sekaligus menyaksikan skuad berpasukan wanita negara tersingkir awal dari Sukan SEA Kemboja 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya