Sivasangari kejutkan Elaraby, mara ke suku akhir di Manchester

Sivasangari kejutkan Elaraby, mara ke suku akhir di Manchester

S. SIVASANGARI (tunduk) meraikan kejayaan mengejutkan Rowan Elaraby pada pusingan kedua Terbuka Manchester di Manchester, England, semalam. - Ihsan Terbuka Manchester
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, S. Sivasangari menempah slot suku akhir selepas melakar kejutan ke atas bintang muda Mesir, Rowan Elaraby pada pusingan kedua Terbuka Manchester di Manchester, England awal pagi tadi.

Sivasangari yang kini jatuh dari kedudukan ke-16 ke tangga ke-40 dunia selepas terpaksa berehat panjang kerana kemalangan jalan raya pada tahun lalu, menundukkan Elaraby yang diletakkan selaku pilihan kelima 11-9, 12-10, 9-11, 11-9 dalam masa 42 minit.

Anak kelahiran Kedah itu tumpas di tangan pemain No. 11 dunia tersebut dalam dua pertemuan terakhir mereka dan yang terbaru pada Kejuaraan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat.

Namun kali ini, Sivasangari beraksi lebih agresif dan berjaya memaksa Elaraby kerap melakukan kesilapan untuk muncul selaku pemenang pada perlawanan itu.

Selepas perlawanan, Sivasangari melahirkan rasa gembiranya berjaya menewaskan pemain berusia 22 tahun itu selepas tumpas di Chicago, dua minggu lalu.

“Kali ini saya lebih bersedia dan gembira dengan kemenangan hari ini. Saya gembira kerana layak ke peringkat seterusnya selepas bermain baik,” kata Sivasangari yang dipetik kenyataannya menerusi laman web Terbuka Manchester.

Sivasangari, 24, memberitahu, ketika beraksi menentang Elaraby dalam dua perlawanan terdahulu, dia mengakui terlalu meletakkan tekanan ke atas diri sendiri.

“Semasa Kejuaraan Dunia persembahan saya berbeza, jadi, kali ini saya merancang permainan saya dan keadaan gelanggang pula sesuai dengan saya,” ujarnya.

Sivasangari bakal berdepan laluan lebih berliku dengan jaguh No. 6 dunia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga, Nour El Tayeb juga dari Mesir menantinya di suku akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya