Sivasangari akan terus berpangkalan di New York

Sivasangari akan terus berpangkalan di New York

S. MANIAM (tujuh dari kiri) dan Sharon (tengah) bergambar bersama wakil penaja, Maxx Bolt, Kapten Batik, Kaki Jersey dan para pemain skuasy pada majlis pengumuman tajaan pakai pemain menjelang AIC di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. - Ihsan SRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari akan kekal berpangkalan di New York, Amerika Syarikat di bawah bimbingan bekas juara dunia, David Palmer walaupun dia telahpun menamatkan pengajiannya di Universiti Cornell.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam berkata, pemain yang kini menghuni ranking No. 33 dunia itu akan terus dibimbing Palmer, walaupun jurulatih berasal dari Australia itu terikat dengan Universiti Cornell sebagai ketua jurulatih.

“Kita telahpun berbincang dengan Palmer dan dia bersetuju untuk terus melatih Sivasangari dan Majlis Sukan Negara (MSN) turut memberi sokongan sepenuhnya bagi program ini.

“Jadi, Sivasangari akan menyertai pertandingan seperti biasa dan dia akan pulang ke Malaysia apabila khidmatnya diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu menghadiri majlis pengumuman tajaan pakaian pemain oleh Maxx Bolt, Kapten Batik dan Kaki Jersey menjelang

Kejohanan Skuasy Individu Asia (AIC) di Hong Kong pada 6-10 Jun depan.

Mengulas pula tentang persediaan barisan pemain negara ke kejohanan asia tersebut, menurut Maniam, sasaran Malaysia sudah tentu untuk memenang pingat emas dengan Ng Eain Yow menjadi pertaruhan negara memandangkan dia diletakkan selaku pilihan pertama.

Jelasnya, dalam saingan wanita pula, pemain Jepun, Satomi Watanabe diletakkan sebagai pilihan pertama, namun, ada beberapa wakil negara mampu menghadirkan cabaran.

“Satomi sekarang mempamerkan peningkatan yang cukup mendadak, tetapi, memang sukar untuk kita buat ramalan siapa yang akan menang emas kerana saya yakin barisan pemain wanita kita juga mampu menghadirkan kejutan.

“Kita ada Rachel (Arnold), Aifa (Azman), Ainaa Amani (Ampandi) dan Sivasangari sendiri yang saya lihat telah banyak mempamerkan peningkatan prestasi sejak pulih daripada kemalangan tahun lalu,” ujarnya.

S. Sivasangari

Beliau turut melahirkan keyakinan peningkatan prestasi Sivasangari sewaktu menyertai Terbuka Manchester, baru-baru ini akan membangkitkan kebimbangan pemain yang sudah pasti mahu mengelak bertemu dengannya ketika AIC nanti.

Naib Presiden SRAM, Sharon Wee yang turut hadir pada majlis itu turut memberitahu, AIC juga menjadi penanda aras Malaysia menjelang Sukan Asia di Hangzhou, China September depan.

“Sudah tentu AIC akan menjadi ukuran sebelum kita beraksi dalam Sukan Asia, selalunya kita memang cukup cemerlang di peringkat Asia dan saya percaya barisan jurulatih telah persiapkan para pemain untuk memberikan yang terbaik pada temasya itu nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya