Siapa penyumbang pingat emas pertama Sukan SEA 2023?

Siapa penyumbang pingat emas pertama Sukan SEA 2023?

Prem Kumar Selvam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan SEA 2023 dijangka hadir hari ini, dan persaingan meraih penghormatan sebagai penyumbang emas sulung di Kemboja bakal membakar semangat atlet karate serta jujitsu untuk memenangi pertarungan masing-masing.

Mengikuti jadual, karate yang menampilkan pertarungan akhir bermula pukul 5 petang (waktu Malaysia) berpeluang menjadi penyumbang emas sulung jika Prem Kumar Selvam (55 kilogram) dan C. Shahmalarani (bawah 50kg) dapat memenuhi sasaran.

Berusia 29 tahun, Prem memenangi emas di Filipina 2019 dan gangsa pada temasya Hanoi 2021 serta Kuala Lumpur 2017.

SHAHMALARANI menjadi sandaran untuk mempertahankan pingat emas.

Shahmalarani pula turun untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Hanoi tahun lalu, dan antara prospek emas kontinjen Malaysia di Phnom Penh.

Tumpuan juga terarah kepada atlet muda berusia 22 tahun, Adam Akasyah yang bersemangat mahu menukar kilauan gangsa (2019) dan perak (2022) yang dimenangi dalam dua temasya terakhir menjadi emas apabila turun dalam saingan lelaki bawah 69kg Gi. Final jujitsu dijangka bermula pukul 5.30 petang ini.

ADAM Akasyah (baju hitam) menjalani latihan di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh  kelmarin sebagai persiapan memburu pingat emas acara jujitsu 69kg hari ini. – UTUSAN/AMIR KHALID

Selain menantikan emas pertama pada sebelah petang, kontinjen Malaysia juga dijangka meraih pingat sulung seawal pukul 8 pagi menerusi lari berhalangan, di mana kita memiliki dua peserta dalam saingan ­individu lelaki serta wanita.

Memburu pingat bukan satu-satu fokus peminat sukan negara di Kemboja hari ini, pemburuan ‘ibu’ segala emas – bola sepak lelaki menyaksikan pertembungan menarik di antara Malaysia menentang juara 16 kali, Thailand pukul 5 petang ini.

Selepas membenam Laos 5-1 dalam aksi pembukaan, skuad bawah 22 tahun (B-22) negara diberi harapan tinggi untuk melakar kemenangan kedua dan memastikan misi memburu emas pertama sejak 2011 di landasan terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya