PETALING JAYA: Pelari negara, Shereen Samson Vallabouy terus menambah koleksi kejuaraan untuk musim ini apabila menjuarai acara 400 meter (m) wanita di Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej-Kolej Nasional (NCAA) divisyen 2 awal pagi tadi.
Shereen yang beraksi untuk Winona State University berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 57.24 saat (s).
Pingat perak milik elumba Azusa Pacific University, Alayna Verner dengan catatan masa 52.78 manakala gangsa diraih atlet West Texas A&M, Corrsia Perry (53.39s).
Kejayaan ini hadir selepas tiga minggu dia menamatkan penantian negara selama 24 tahun untuk meraih pingat emas dalam acara ini di Sukan SEA Kemboja 2023 dengan melakar masa 52.53 s.
Ini juga kejohanan terakhirnya di kejohanan berkenaan selepas sudah menamatkan pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Rekreasi dan Pelancongan.