Shereen berlari dalam kesedihan - Utusan Malaysia

Shereen berlari dalam kesedihan

Shereen Samson Vallabuoy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Persembahan kurang menjadi Shereen Samson Vallabuoy dalam perlumbaan akhir 4×400 meter (m) wanita Sukan SEA Kemboja yang berlangsung hari ini di Stadium Morodok Techo berpunca berkait dengan perkhabaran sedih mengenai pemergian nenek tercintanya, mendiang M. Rajamah.

Mendiang yang berusia 86 tahun meninggal dunia disebabkan sakit tua.

Difahamkan Shereen menerima perkhabaran sedih ini semalam, sehari sebelum acara 4×400 dipertandingkan pada hari ini.

Perkhabaran ini jelas menggangu Shereen, apatah lagi dia memikul bebanan yang amat tinggi untuk merapatkan jurang yang amat jauh dengan tiga pencabar lain sebagai pelari keempat negara.

Kuartet negara akhirnya akur untuk pulang hampa , dengan pingat emas menjadi milik Vietnam, sementara Filipina meraih perak, manakala Thailand meraih pingat gangsa.

“Saya tetap memberi tumpuan untuk menghabiskan larian. Saya sememangnya sedih namun kita tetap perlu berikan terbaik untuk negara namun pada acara berkenaan tidak berjaya membawa pulang pingat,” kata Shereen.

Terdahulu, Shereen berjaya menceriakan kem Malaysia apabila memenangi emas dalam acara 400m individu wanita pada Selasa lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya