Shamalarani hadiahkan emas pertama Malaysia

Shamalarani hadiahkan emas pertama Malaysia

SKUAD karate menghadiahkan dua emas buat kontinjen negara pada Sukan SEA Kemboja sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Atlet karate wanita, C. Shamalarani menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia di temasya Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Shamalarani mempertahankan emas yang dimenanginya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg).

Dalam aksi final, Shamalarani mengatasi atlet Filipina, Junna Tsukii dalam acara yang berlangsung di Dewan A Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini.

Tidak lama selepas itu, skuad karate meraih emas kedua menerusi S. Prem Kumar yang mengatasi atlet Thailand, Chanpet Setthapong dalam acara kumite bawah 55kg.

S . PREM KUMAR

Prem Kumar melakar kebangkitan dramatik pada 30 saat terakhir perlawanan apabila berjaya menyamakan kedudukan menjadi 3-3. Keputusan seri itu terpaksa ditentukan oleh pihak juri yang kemudiannya memberikan kemenangan kepada Prem Kumar.

Kejayaan itu menyaksikan dia menebus kekecewaan dialaminya selepas sekadar membawa pulang gangsa pada penyertaan di Sukan SEA Hanoi di Vietnam, tahun lalu dalam acara bawah 60kg.

Terdahulu, Mohd Aiqal Asmadie meraih pingat perak dalam acara kata individu selepas tewas kepada penyandang juara dari Indonesia, Ahmad Ziqi Zaresta Yuda.

Skuad karate negara hanya memerlukan satu lagi pingat untuk mencapai sasaran tiga pingat emas di temasya kali ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya