Semua persatuan kena bertanggungjawab atas kegagalan

Semua persatuan kena bertanggungjawab atas kegagalan

Mohd. Nasir Ali (dua, kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Suhardi Alias (dua, kanan) dan dua Timbalan CDM, Datuk Shalin Zulkifli (kiri) serta Sharon Wee ketika menjelaskan prestasi kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2023, Phnom Penh semalam. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Biar apa jua alasan diberikan, ia tidak dapat menutup hakikat prestasi ­keseluruhan Malaysia dalam Sukan SEA 2023 mengecewakan.

Malaysia yang mempertaruhkan atlet keempat terbesar di temasya kali ini, iaitu 676 orang, hanya mampu menuai 34 pingat emas, 45 p perak dan 96 gangsa untuk berada di tangga ketujuh keseluruhan.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, kegagalan tidak wajar diletakkan 100 peratus di bahu Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebaliknya persatuan sukan juga perlu memikul beban ini.

Paling ketara, sukan yang pernah menjadi lubuk emas negara seperti renang hanya mampu menyumbang satu emas daripada 39 acara yang dipertandingkan.

UMAR Osman menyelamatkan olahraga dengan menghadiahkan emas tidak diduga daripada acara 400 meter lelaki.

Begitu juga olahraga yang menjanjikan 10 emas, akhirnya akur hanya mampu membawa pulang lima emas, itupun diselamatkan aksi konsisten beberapa atlet sandaran serta kejutan pelari muda 400 meter pecut, Umar ­Osman yang sebelum ini tidak diberi harapan.

Hoki juga tidak boleh berasa selesa selepas ego Malaysia direntap jiran tetangga, Indonesia dan Thailand untuk acara dalam dewan.

“Sasaran kita tentukan selepas bersidang tiga kali, berjumpa setiap persatuan mendengar hujah daripada mereka, jadi sebab itu kita kena balik ke persatuan dan tanyakan semula mereka, mereka perlu lebih telus dan jujur kepada kita dan lebih terperinci.

“Kalau anda semua ingat lagi bila saya mula dilantik menjadi CDM, saya pernah katakan, jangan buat sasaran syok sendiri, maksud saya yang boleh dicapai.

“Anda patut tahu, kerana anda yang mengurus persatuan sukan ini,” jelas Nasir.

MOH Keen Hoo meraih pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA di Kemboja.

Mujur ada beberapa sukan yang sebelum ini langsung tidak diberi perhatian sewajarnya menjadi penyelamat apabila menyumbangkan emas, antaranya snuker yang hanya menghantar lima atlet ke Sukan SEA berjaya memastikan setiap mereka pulang dengan pi­ngat, termasuk Moh Keen Hoo dan Thor Chuan Leong yang menyumbang pingat emas.

Begitu juga Nor Iman Rakib Hakim dari acara kickboxing serta Sam Jee Lek dari sukan tari yang menjadi penyumbang penting kepada pungutan keseluruhan pi­ngat emas kontinjen Malaysia.

Perincian lanjut tentang kegagalan kontinjen negara dalam ­Sukan SEA Kemboja akan dirumuskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di ibu negara ­esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya