Selepas 'ditendang' lawan, Wan Athirah harap gangsa jadi penawar

Selepas ‘ditendang’ lawan, Wan Athirah harap gangsa jadi penawar

WAN Athirah Hidayah Amad Fuzli ketika beraksi dalam saingan lari berhalangan pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Wan Athirah Hidayah Amad Fuzli berharap penampilan pertamanya dalam Sukan SEA mampu membutirkan pingat gangsa, Sabtu ini biarpun hasratnya untuk mencari kilauan emas berkecai selepas ‘ditendang’ secara tidak sengaja oleh atlet lawan ketika beraksi di pusingan kalah mati lari berhalangan wanita hari ini.

Beraksi dalam acara 100 meter (m) individu wanita, Wan Athirah mencatatkan masa terbaik 1 minit 01.872 saat (s) untuk menempatkan diri dalam kedudukam keempat keseluruhan.

Keputusan tersebut nyata di luar jangkaan kerana Athirah boleh disifatkan bidan terjun untuk pasukan negara kerana dipanggil hanya sebulan sebelum temasya dwitahunan ini bermula.

Apatah lagi, dia yang sepatutnya beraksi dalam acara berpasukan wanita, berjaya bangkit selepas ditendang secara tidak sengaja ketika berentap dengan atlet Indonesia, Mudji Mulyani semasa pusingan kalah mati.

Athirah perlu melepasi cabaran seorang lagi wakil Indonesia, Anggun Yolanda Samsul Hadi sekiranya bercita-cita untuk membawa pingat gangsa pada Sabtu.

“Saya rasa prestasi hari ini (semalam) jauh daripada catatan terbaik saya, dan ketika pusingan kalah mati, larian saya diganggu oleh lawan yang memasuki laluan saya, sehingga saya terjatuh daripada halangan memanjat dinding lengkung.

“Saya rasa saya boleh mencatatkan masa yang lebih baik jika tidak dihalang olehnya (Mudji), saya akan cuba berusaha lebih baik di pusingan seterusnya,” jelas Athirah yang ditemui pemberita selepas tamat saingan larian berhalangan individu di Pusat Konvesyen Chroy Changvar, Phnom Penh semalam.

AKSI Yoong Wei Theng dalam saingan lari berhalangan pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh hari ini.- UTUSAN

Dalam acara individu 100m lelaki, Malaysia mempertaruhkan dua atlet menerusi Yoong Wei Theng dan Nuur Hafis Said Alwi.

Bagaimanapun hanya Wei Theng sahaja berjaya meloloskan diri selepas ke penentuan pingat gangsa apabila catatan masanya sudah cukup untuk menempatkan atlet kelahiran Johor itu berada di kedudukan keempat secara keseluruhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya