'Sakit' nak cari 12 lagi emas

‘Sakit’ nak cari 12 lagi emas

KONTINJEN Malaysia diselubungi keresahan sasaran 40 emas sukar dicapai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kurang tiga hari sahaja lagi sebelum Sukan SEA melabuhkan tirainya, Rabu ini misi memburu 40 pingat emas makin merisaukan.

Tatkala negara serantau lain mula berpusu-pusu menjarakkan kedudukan keseluruhan, Malaysia baru mengutip 28 emas sehingga semalam.

Begitupun Ketua Kontinjen Negara, Datuk Mohd. Nasir Ali belum menekan butang panik dan optimis akan berlaku kejutan daripada sukan-sukan tidak dijangka, selain beberapa sukan yang menjadi kekuatan Malaysia.

“Memang agak mencemaskan dalam pungutan pingat emas tetapi kita masih lagi mempunyai tiga hari saingan.

“Memang ada beberapa sukan yang kita yakin kita akan dapat seperti hoki, judo dan lain – lain lagi, jadi kita masih tidak hilang keyakinan dan terus optimis untuk terus berjuang kerana apa sahaja boleh berlaku.

“Kita akan terus berjuang sehingga saat akhir.

“Saya telah menghantar (Datuk) Shalin Zulkifli ke jet ski, sebab walaupun kita tahu ini pertama kali mereka bersaing di Sukan SEA, jadi kita tak tahu prestasi mereka, mana tahu mereka mereka dapat membuat kejutan.

HOKI wanita yang melayakkan diri ke perlawanan akhir menjadi sasaran untuk menambah pungutan emas Malaysia bersama pasukan lelaki.

“Lubuk emas mungkin tidak ada, tetapi akan ada satu dua lagi sukan yang berupaya meraih pingat emas,” jelas Nasir.

Antara sukan yang masih mengibarkan cabaran negara di temasya ini dan berpeluang menghadirkan kilauan emas adalah badminton, hoki padang, taekwondo, sepak takraw, catur xiangqi, kickboxing, e-sukan, jet ski dan angkat berat.

Tambahnya, ketika ini pungutan keseluruhan pingat emas kontinjen Malaysia juga tidak memberangsangkan apabila berada di kedudukan ketujuh, di belakang Filipina yang menghuni tangga keenam.

“Kita cuma sasarkan pingat emas, kita tak meletakkan sasaran dalam kedudukan keseluruhan. Sebabnya kita jatuh adalah disebabkan juga Kemboja secara tiba-tiba naik ke dalam kelompok atasan.

“Kita balik nanti, kita akan buat bedah siasat dan kajian untuk melihat kembali sukan mana yang kita kuat dan yang mana perlu diberi penekanan,” tambah Nasir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya