RTG bincang biayai perbelanjaan pemain badminton profesional

RTG bincang biayai perbelanjaan pemain badminton profesional

CDM negara ke temasya Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengadakan pertemuan dengan Lee Zii Jia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Road to Gold (RTG) akan mempertimbangkan permintaan untuk membiayai perbelanjaan pemain badminton profesional yang tersenarai dalam program berkenaan untuk menyertai kejohanan-kejohanan di luar negara.

Chief de Mission (CDM) negara ke temasya Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, permintaan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat RTG kerana pemain profesional menyertai kejohanan luar negara atas nama Malaysia.

“Itu antara perkara yang dibincangkan (biayai perbelanjaan untuk menyertai kejohanan bagi pemain profesional), Bagi saya sebagai CDM, tidak kira dari BAM (Persatuan Badminton Malaysia) atau profesional, mereka adalah wakil Malaysia.

“Perkara itu akan dibincangkan dan akan diberikan pertimbangan,” kata Hamidin ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia di sini hari ini.

Mengulas mengenai permintaan Zii Jia dalam pertemuan itu, Hamidin berkata, permintaan pemain No.10 dunia itu sama seperti pemain badminton lain yang tersenarai dalam RTG dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya.

“Setiap permintaan dia, kita akan susun dan bincang dalam mesyuarat RTG. Saya ingat permintaan ini lebih kepada sokongan menerusi RTG yang diilhamkan oleh YB Hannah (Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh).

“Sama juga dengan permintaan pemain lain dalam sukan badminton ini, kita akan bincangkan. Apa yang penting, kita mahu semua pemain kembali fokus untuk kejohanan seterusnya dan melayakkan diri sekurang-kurangnya ke suku akhir,” katanya.

Dalam pada itu katanya, jawatankuasa RTG akan memberikan layanan sama rata iaitu akan mempertimbangkan setiap perkara atau elemen yang mampu mempertingkatkan potesi atlet dalam usaha meraih pingat emas pertama negara di pentas Sukan Olimpik Paris.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya