Prem Kumar harap tuah '55kg'

Prem Kumar harap tuah ’55kg’

Prem Kumar Selvam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Prem Kumar Selvam berharap, keputusan bertukar kategori berat badan daripada kumite 60 kilogram (kg) kepada 55kg mampu membawa tuah apabila karate membuka tirai Sukan SEA 2023 di Phnom Penh hari ini ­dengan misi memburu emas pertama kontinjen negara.

Pertukaran kategori berat badan bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan Prem Kumar pernah beraksi dalam ­kategori 55kg dan percaturan itu membuahkan kejayaan.

Buktinya dia pernah membawa pulang pingat emas ketika beraksi di Filipina 2019 selepas menewaskan peserta tuan rumah, Norman Montalvo dalam pertarungan akhir.

Bagaimanapun di Hanoi tahun lalu, atlet berusia 29 tahun itu yang beralih kepada saingan kumite 60 kg terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat gangsa.

“Tahun lepas saya ­beraksi dalam acara 60kg tapi tahun ini saya beraksi dalam acara 55kg.

“Bagaimanapun ia bukanlah isu besar kerana sebelum ini pun memang saya beraksi dalam dua ­kategori ini, kadang-kadang 55, dan kadang kala 60.

“Sasaran tinggi juga, sebab saya tak melihat kepada pingat, tetapi prestasi diri saya, saya nak buat yang terbaik, kerana tahun ini amat penting.

“Selain Sukan SEA, saya juga perlu bersiap untuk Sukan Asia, jadi setiap kejohanan adalah amat penting,” jelas Prem Kumar yang bakal membuat penampilan keempatnya di temasya sukan dwitahunan ini.

Sukan SEA Kemboja 2023 juga bakal menjadi kejohanan kompetitif pertama untuk Prem memandangkan dia baru sahaja pulih daripada kecederaan tangan kanan.

Selain Prem, seorang lagi wakil negara yang bakal turun ke gelanggang hari ini adalah C. Shahmalarani yang cuba mempertahankan emas acara wanita kumite bawah 50kg.

Sementara itu, atlet jujitsu negara, Adam Akasyah yang menjadi prospek untuk membawa pulang emas sudah memperkuatkan mental bagi memastikan penampilan ketiga di Sukan SEA akhirnya memberikan kejuaraan.

Atlet berasal dari Petaling Jaya yang meraih gangsa di Filipina 2019, sebelum merangkul perak di Hanoi 2021 akan membuka langkah dengan menentang ­wakil Thailand, Janthanaka Sukitpeerarat pada pusingan pertama lelaki bawah 69kg Gi hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya