LONDON: Raheem Sterling percaya, Mauricio Pochettino pemimpin yang diperlukan oleh Chelsea untuk mengembalikan mereka sebagai pencabar utama Liga Perdana Inggeris.
Pelantikan Pochettino sebagai pengurus baharu diumumkan Blues diumumkan secara rasmi semalam selepas dia menandatangani perjanjian dua tahun dengan pilihan sambungan kontrak 12 bulan lagi.
Pengendali dari Argentina itu mewarisi skuad yang mengharungi kempen terburuk dengan mendapat tempat ke-12 dalam saingan liga.
Chelsea Football Club is pleased to announce Mauricio Pochettino as the club’s new head coach!
— Chelsea FC (@ChelseaFC) May 29, 2023
“Dia mempunyai kepimpinan yang akan mencabar pemain secara fizikal dan mental.
“Saya rasa apabila datang ke sini, dia membawa personaliti yang membuatkan orang menghormatinya.
“Itu yang kami perlukan, seseorang yang bertanggungjawab,” kata Sterling.
Sterling hanya menyertai Chelsea pada musim panas lalu dari Manchester City, namun dia bakal bekerja dengan pengurus keempat selepas Thomas Tuchel, Graham Potter dan Frank Lampard.
Sterling memberitahu Arab News: “Dari masanya di Tottenham, saya mendengar perbualan tentang dia dan dia adalah orang yang kami perlukan.”
Pochettino membawa Spurs ke final Liga Juara-Juara pada 2019 sebelum menjadi bos Paris Saint-Germain dan memenangi gelaran Ligue 1 dan Piala Perancis. – AGENSI