Pingat emas 'dirompak', Jackie mahu CDM ambil tindakan susulan

Pingat emas ‘dirompak’, Jackie mahu CDM ambil tindakan susulan

JACKIE Wong (kiri) dan Sadat Maryuqi Ajisan membawa pulang pingat perak serta gangsa dalam acara baling tukul besi lelaki Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Merasakan pingat emas yang sepatutnya dimenangi telah ‘dirompak’, jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong mahu Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd. Nasir Ali mengambil tindakan susulan.

Jackie, 30, yang merupakan prospek utama untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Hanoi, tahun lalu tewas kepada seteru utamanya, Kittipong Boonmawan semalam untuk sekadar meraih perak.

Walaupun pasukan Malaysia mengemukakan bantahan selepas balingan terakhirnya, 64.64 meter (m) seperti yang dipaparkan di mata markah tidak diambil kira, namun protes tersebut ditolak tanpa alasan.

Sekiranya balingan itu diterima, ia mengatasi catatan Kittipong 64.49m, namun juri hanya mengambil kira catatan 64.20m yang dilakukan Jackie sebelum itu.

Seorang lagi wakil Malaysia Sadat Maryuqi Ajisan membawa pulang gangsa dengan balingan 59.76m.

“Kita protes dan membuat rayuan, lepas tu mereka menolaknya tanpa sebarang alasan…juri memberitahu kami akan memeriksa bukti video tetapi mereka tidak menunjukkannya kepada kami, hanya menolak rayuan kami, bantahan kami.

“Ia tidak adil dan saya amat kecewa dengan keputusan yang dibuat sebab mereka tidak tunjuk apa-apa,” kata Jackie.

Meskipun keputusan rasmi saingan sudah dibuat, Jackie berasakan pingat emasnya dirompak dan tidak dapat menerima keputusan itu.

“Saya harap isu ini dapat menarik perhatian CDM, agar perkara ini tidak berlaku lagi selepas ini.

“Saya lihat tiada siapa mahu bertanggungjawab dan mengendalikan isu itu di pihak juri. Saya akan terus memperjuangkan isu berkenaan dan membawa perkara kepada pengetahuan CDM supaya tiada lagi masalah sama membabitkan kem olahraga negara,” katanya.

Terdahulu, kem olahraga negara melakukan bantahan kerana terdapat kesilapan teknikal membabitkan pengiraan jarak balingan yang dilakukan Jackie.

Bantahan terbabit dilakukan sebaik tamat acara itu dengan wakil Malaysia menunjukkan beberapa bukti bahawa sepatutnya Jackie dinobatkan sebagai pemenang pingat emas.

Pada temasya di Hanoi, Jackie melakukan balingan sejauh 66.49m untuk memastikan pingat emas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya