Pesta gol Malaysia sudah tiada makna

Pesta gol Malaysia sudah tiada makna

PEMAIN Malaysia meraikan jaringan ketika menumpaskan Singapura 7-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, Sukan SEA 2023 di Stadium Prince, Phnom Penh hari ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH:PHNOM PENH: Malaysia bagaikan ‘melepas geram’ apabila membelasah Singapura 7-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B sebentar tadi, namun kemenangan besar itu tidak memberi sebarang makna kerana skuad bawah 22 tahun (B-22) negara sudahpun tersingkir awal dari saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023.

Selepas membuka kempen dengan berpesta gol menumpaskan Laos 5-1, skuad muda negara menutup cabaran di Phnom Penh juga dengan jaringan besar.

Begitupun kekalahan 0-2 kepada Vietnam, diikuti 1-2 di tangan juara 16 kali, Thailand menyaksikan anak-anak buah E. Elavarasan gagal melayakkan diri ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut.

Dalam aksi di Stadium Prince, T. Saravanan muncul pemain paling mencuri tumpuan apabila meledak empat gol, sekali gus mmenjadi penjaring terbanyak Malaysia pada kempen kali ini.

Malaysia menguasai sebahagian besar babak pertama, namun palang dan percubaan yang kurang menjadi menyelamatkan Singapura daripada menjadi ‘lauk’ dalam 45 minit pertama.

Hanya 13 minit diperlukan Malaysia untuk membuka jaringan apabila percubaan lencong Saravanan menewaskan penjaga gawang Singapura, Aidil Yazid.

Malaysia sepatutnya mendapat gol kedua pada minit ke-40 namun jaringan Syahir Bashah dibatalkan kerana ofsaid sebelum rembatan ‘roket’ Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-43 juga ‘menghentam’ palang.

Bagaimanapun, penyudah kemas Haqimi Azim pada masa tambahan babak pertama memastikan Malaysia menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol.

Kesilapan pertahanan Singapura yang gagal mengeluarkan bola dengan baik dihukum Saravanan hanya dua minit selepas permainan bersambung dan pemain KL City FC itu melengkapkan hatriknya pada minit ke-54 untuk kedudukan 4-0.

Tidak cukup dengan hatrik, Saravanan terus menghadirkan ‘mimpi ngeri’ buat Singapura apabila meledak gol keempat peribadinya pada minit ke-62.

Singapura terus dirundung malang apabila rembatan deras Mukhairi Ajmal pada minit ke-87 dan percubaan Aiman Afif Md Afizul di hujung permainan menjadikan kedudukan 7-0. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya