Perjuangan tiga wakil negara terhenti di pusingan kedua

Perjuangan tiga wakil negara terhenti di pusingan kedua

NG EAIN YOW (belakang) memberikan tentangan sengit kepada Marwan ElShorbagy sebelum tewas pada pusingan kedua Kejuaraan Skuasy Dunia di Chicago, Amerika Syarikat, semalam. - Ihsan World Squash Championship
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran Malaysia terhenti di pusingan kedua selepas tiga wakil negara yang masih meneruskan perjuangan tersingkir di tangan lawan masing-masing pada Kejuaraan Skuasy Dunia di Chicago, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Pemain No. 20 dunia, Ng Eain Yow ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan ketiga, Mohamed ElShorbagy yang kini mewakili England menerusi pertarungan sengit 11-4, 7- 11, 6-11, 9-11 dalam masa 52 minit.

Dalam saingan wanita pula, Aifa Azman dan S. Sivasangari turut menerima nasib serupa dengan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu.

Aifa yang menghuni ranking ke-28 dunia memberikan tentangan sengit kepada pilihan ke-15, Tesni Evans dari Wales sebelum tunduk menerusi keputusan 2-3.

Anak kelahiran Kedah itu berjaya memaksa Evans bermain selama lebih sejam dan mencuri mata pertama menerusi kemenangan 11-5.

Namun, Evans yang berusia 30 tahun, merampas set kedua dengan keputusan 4-11, sebelum Aifa, 22, kembali bangkit pada set ketiga apabila menang 11-5.

Untuk dua set berikut, Aifa yang bekerja keras untuk menyaingi lawan yang lebih berpengalaman akhirnya akur dengan kekalahan 9-11, 11-13.

Dalam satu lagi aksi membabitkan Sivasangari menentang pilihan kelapan, Rowan Elaraby dari Mesir, pemain perseorangan wanita utama Malaysia yang menghuni ranking ke-18 dunia itu tewas 9-11, 5-11, 2-11.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya