Perez sedia kalahkan Verstappen

Perez sedia kalahkan Verstappen

Sergio Perez meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Azerbaijan di Litar Baku City semalam selepas menewaskan rakan sepasukan, Max Verstappen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU, Azerbaijan: Biarpun memandu untuk pasukan yang sama, Sergio Perez sedia me­nyaingi Max Verstappen dalam pemburuan kejuaraan Formula Satu (F1) dunia pertama selepas memenangi Grand Prix (GP) Azerbaijan semalam.

Pemandu Mexico itu menewaskan Verstappen ketika membantu Red Bull melakar kemena­ngan 1-2 di Litar Baku City. Charles Leclerc dari pasukan Ferrari yang meraih petak pertama menamatkan sai­ngan di tempat ketiga.

Selepas mengharungi empat perlumbaan musim ini, Red Bull memenangi kesemua saingan dengan juara dunia dua kali, Verstappen menang di Bahrain dan Australia, manakala Perez menguasai GP Arab Saudi serta Azerbaijan.

Verstappen masih mengungguli kedudukan pemandu dunia dengan 93 mata, lima mata me­ngatasi Perez, manakala juara dunia dua kali, Fernando Alonso dari pasukan Aston Martin ketiga (60).

PASUKAN Red Bull meraikan kemenangan 1-2 pemandu mereka, Sergio Perez (depan, empat dari kanan) dan Max Verstappen (depan, dua kiri) pada Grand Prix Azerbaijan di  Baku semalam.

“Ini adalah tahun yang panjang dan masih banyak yang menanti saya di hadapan, namun saya percaya berada dalam pertaru­ngan ini.

“Saya tidak katakan perlumbaan hari ini adalah yang terbaik tetapi sangat bagus. Saya memberi tekanan dari awal hingga akhir tanpa kesilapan.

“Apabila anda berbuat demikian, anda yakin yang anda mampu menewaskan sesiapa saja dan selebihnya hanya perlu mengekalkan prestasi itu.

“Saya hanya kesal dengan masalah yang kami hadapi di Melbourne yang menyebabkan kami kehilangan banyak mata. Tanpa itu, saya mungkin lebih dekat untuk meraih kejuaraan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya