Pecutan Jijoe julang emas berganda di Hong Kong

Pecutan Jijoe julang emas berganda di Hong Kong

Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang (tengah) meraih pingat emas acara pecut di Piala Trek Antarabangsa Hong Kong hari ini (Foto: ihsan Azizul Hasning Awang)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Skuad berbasikal trek negara memulakan kempen di Piala Trek Antarabangsa Hong Kong dengan penuh bergaya apabila meraih empat pingat pada hari pertama kejohanan.

Sandaran utama, Datuk Azizul Hasni Awang cemerlang apabila menyumbang dua pingat emas, masing masing dalam acara pecut dan keirin yang berlangsung di Velodrome Hong Kong.

Rakan sepasukan, Shah Firdaus Shahrom pula berjaya meraih pingat gangsa dalam acara pecut, sementara dia terpaksa berpuas hati apabila menduduki tangga keempat dalam acara keirin.

Barisan pelumba wanita juga tidak mengecewakan apabila Nurul Izzah Izzati Mohd Asri memenangi pingat emas dalam acara pecut.

Pingat emas keempat negara dihasilkan oleh pelumba muda, Yong Ann Tung yang mencipta kejutan apabila mengungguli acara keirin remaja wanita.

Malaysia berpeluang untuk menambah koleksi pungutan menjelang saingan hari kedua yang akan bersambung esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya