Nur Aisyah hadiahkan gangsa pada hari terakhir berbasikal

Nur Aisyah hadiahkan gangsa pada hari terakhir berbasikal

NUR Aisyah Zubir diraikan rakan-rakan sepasukan selepas memenangi pingat gangsa dalam acara lebuh raya wanita pada Sukan SEA 2023 di Kemboja. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Malaysia menutup kempen berbasikal Sukan SEA 2023 dengan membawa pulang sebutir pingat gangsa menerusi saingan lebuh raya individu wanita yang berlangsung di Angkor Wat, Siem Reap hari ini.

Nur Aisyah Zubir gagal mengekalkan sekurang-kurangnya pingat perak yang dimenangi di Hanoi tahun lalu selepas menamatkan perlumbaan sejauh 100.4 kilometer (km) di tempat ketiga dengan catatan masa 2 jam 48 minit 39 saat.

Pelumba Vietnam, Nguyen Thi That meraih pingat emas selepas berkongsi catatan masa 2’48:39s dengan Jutatip Maneephan dari Thailand. Pemenang ditentukan menerusi photo finish.

“Kita menyedari saingan pada temasya edisi kali ini amat sengit kerana Thailand dan Vietnam membariskan skuad terbaik, jadi sukar untuk pelumba kita merangkul tempat pertama.

“Begitupun paling penting pelumba wanita negara tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih gangsa pada hari terakhir acara berbasikal dipertandingkan di Kemboja,” kata jurulatih berbasikal lebuh raya wanita, Amir Mustafa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya