MPM lancarkan dana ke Paralimpik Paris 2024, sasar empat emas

MPM lancarkan dana ke Paralimpik Paris 2024, sasar empat emas

MEGAT D Shariman Zaharuddin (dua dari kanan) ketika merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Health Lane Family Pharmacy di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) memastikan tiada atlet akan ‘ketinggalan’ daripada beraksi dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 seandainya peruntukan yang diberikan kerajaan tidak mencukupi.

Badan paralimpik negara itu dengan kerjasama syarikat farmasi Healthlane Family Farmasi Malaysia melancarkan tabung ‘TambahEmas’ buat kontinjen paralimpik negara, dengan misi membawa pulang empat emas di Paris.

Presiden MPM,Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, pihaknya enggan terlalu bergantung kepada dana kerajaan yang dilihat mampu merencatkan persiapan skuad para negara.

“Ini adalah satu langkah kita buat dan inisiatif untuk membantu atlet negara di Paris nanti. Kutipan dana ini akan meliputi sepanjang tujuh bulan bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2023

“Kita sebenarnya tidak tahu berkenaan bajet yang kami akan terima oleh kerajaan tetapi MPM sentiasa kemukakan permohonan setiap tahun. Kita takut dana yang kita perolehi tidak cukup, jadi berusaha untuk buat kempen seperti ini.

“Ini usaha kita lakukan bekerjasama dengan syarikat korporat untuk menjayakan program TambahEmas bagi Paris 2024 nanti. Kita tak nak usaha kita MPM terlalu bergantung kepada dana kerajaan semata-mata,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Health Lane Family Pharmacy Sdn Bhd di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam majlis yang sama, MPM turut mengumumkan sasaran awal empat emas bagi kontinjen negara yang bertanding di temasya Sukan Paralimpik Paris, Perancis tahun depan.

Menurut Megat, ketika ini MPM sedang merencana persiapan terbaik mereka terutama untuk melengkapkan emas ke-10 di Paris selepas kontinjen negara cemerlang mengutip enam emas pada dua edisi lalu di Brazil dan Tokyo.

Ujarnya, ketika ini empat atlet para negara telah mengesahkan tiket secara merit ke Paris dan akan ada beberapa lagi yang bakal mengikut jejak langkah sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya