Mimpi ngeri di Hanoi berulang

Mimpi ngeri di Hanoi berulang

NORAIZAT melakukan libasan ketika berdepan Indonesia pada aksi final acara doubles di Sukan SEA KEMBOJA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Skuad sepak takraw negara sekali lagi berputih mata untuk menyambar peluang meraih pingat emas di Sukan SEA Kemboja 2023 setelah tunduk kepada Indonesia 2-1 dalam acara doubles (regu dua sepasukan) dalam aksi yang berlangsung di Pusat Latihan Nasional Olimpik, Phnom Penh hari ini.

Malaysia yang mempertaruhkan gandingan Noraizat Nordin dan Aidil  Aiman Zawawi berjaya mengekalkan ketenangan berdepan duo Indonesia Saiful Rijal dan Muhammad Hardiansyah Muliang untuk memenangi set pertama dengan keputusan 21-16.

Set kedua pula menyaksikan Indonesia membuat pertukaran dengan memasukan Rusdi Rusdi untuk menggantikan Saiful Rijal.

Percaturan itu menjadi apabila Indonesia mendahului pada awal babak set kedua.

Keadaan seakan mengelisahkan untuk kem negara, sehingga ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun membuatkan keputusan untuk mengeluarkan Noraizat dan memasukan Hafizul Hayazi Adnan ketika Malaysia ketinggalan 13-17.

Bagaimanapun ia tidak dapat menghalang untuk Indonesia mengheret perlawanan ke set penentuan setelah menang dengan keputusan 16-21.

Kemenangan itu ternyata menaikkan motivasi skuad Garuda di set ketiga apabila akhirnya menumpaskan Malaysia dengan keputusan 21-13.

Kekalahan ini mengulangi episod hitam Malaysia tunduk kepada Indonesia dalam acara sama di Sukan SEA Hanoi tahun lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya